Broadband VS Streamyx
Sejak akhir2 ini negara kita telah mengalami peningkatan penggunaan internet secara tak langsung rakyat malaysia menjadi rakyat yang sedar IT dan berilmu pengetahuan. Tapi terdapat pilihan untuk kita memilih sama ada menggunakan streamyx atau pun broadband. Bagi aku kedua-duany ada kelebihan dan kekurangan. Broadband bagaimanapun masih lemah dari segi kepantasanya berbanding dgn streamyx, tetapi mempunyai kelebihan kerana ia boleh dibawa kemana sahaja.
Jika streamyx kita hanya boleh pakai dirumah, paling kuat pun wireless yang dipasang pada streamyx dan terhad pada kawasan yang hampir. Tetapi ia adalah lebih pantas berbanding broadband. Kalau nak download ke, upload ke memang streamyx menjadi pilihan aku. Aku pakai2-2 sekali. Sebab bila balik kampung masalah lak sebab takde line internet. So tu yang aku kene guna broadband jugak. Memudahkan keje aku untuk membuat order Ebay aku.
Tak lah teruk nak kene pegi ke cc atau g area yang ade wireless line internet. So apepun bagi aku, jika kite berbisnes di internet, broadband adalah pilihan utama bagi aku. Sebab kemana sahaja kita berada, laptop perlu ada di tangan dan internet kemestian. Ini berdasarkan pengalaman ebay aku yang mendapat negative feedback gara-gara 3 hari tah bukak email. Buyer marah sebab aku tak respons soalan die tentang size t-shirt.





