Punca remaja bermasalah

Malaysia mempunyai hampir sebahagian penduduknya dari golongan belia. Dan sebahagian dari jumlah belia adalah dari golongan remaja. Merekalah golongan pelapis yang akan mewarisi dan menerajui negara di masa depan. Tapi adakah golongan ini sudah bersedia dengan tugas warisan yang penting ni. Bagimanakah yang layak dikatakan mereka ini sudah bersedia?

Fenomena jenayah yang dilakukan oleh remaja di malaysia semakin banyak menghiasi dada-dada akhbar negara kita.  Curi, rompak, pukul, gengster, rogol, bunuh dan macam-macam lagi sebahagianya  adalah hasil ‘karya’ remaja kita. kenapa mereja jadi macam ni ye? Sebenarnye kite sume tau. Aku pun tau sebab aku pun pernah remaja gak dulu. Hati mudah panas. Tak boleh dicabar, dan yang paling menjadi masalah, hati manusia remaja ni lebih mudah meminati dan terpengaruh serta condong kepada perkara2 yang negatif dan berdosa. Tu bagi aku la. Nak tunjuk terrer, nak tunjuk otai, nak tunjuk hebat, itu lah sebahagian kehendak remaja.

Tetapi kite kene lihat, apakah faktor2 yang mempengaruhi sikap mereka ini. Tidak boleh disalahkan 100% kesalahan itu pada mereka. Bagi aku, punca utama sikap tidak baik remaja ini tercetus dari permasalahan dalam keluarga atau pengurusan keluarga yang tidak terurus.  Setiap ibu bapa seharusnya mengambil berat setiap perkara berkaitan dengan anak masing2. Sejak mereka kecil sehinggalah mereka sudah bersedia dengan kerjaya yang baik untuk mula hidup berdikari.

Andai kita lepas tangan walaupun seketika sahaja, kemungkinan besar disitu akan mula masuknya suntikan kehendak atau kelakuan yang salah. Kenapa saya katakan begitu, dunia sekarang anak2 kita akan bergaul dengan pelbagai jenis kawan disekolah mahupun di kejiranan. Ibu bapa perlu tau setiap apa yang dilakukan oleh anak kita apabila mereka keluar dari rumah. Setiap kali selepas pulang dari sekolah, seelok-eloknya bertanyalah apa yang mereka pelajari disekolah dan apa perkara yang berlaku disekolah. Disinilah seharusnya hubungan ibu bapa dan guru-guru perlu rapat dan baik. Ini kerana guru-guru disekolah merupakan agen yang boleh mencium ‘bau’ kelakuan dan sikap anak2 anda.

Begitu juga selepas mereka pulang dari bermain diluar dengan rakan sebaya. Bertanyalah apakah aktiviti mereka lakukan diluar. Apa yang mereka mainkan. Latihlah anak anda dari kecil untuk mendapatkan kebenaran anda suami isteri setiap kali mahu keluar rumah walaupun atas tujuan pembelajaran seperti mengulangkaji bersama kawan.

SociBook del.icio.us Digg Facebook Google Yahoo Buzz StumbleUpon

Author Profile

admin

Other posts by admin

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


Leave a Reply