Isu Penggunaan Allah
Terlalu lama sudah saya tidak update blog ini kerana sibuk dengan operasi yang dilalui. kali ini saya terpanggil untuk meluahkan pendapat saya sebagai umat islam tentang penggunaan Allah oleh orang bukan islam. Satu isu yang tersangat2 sensitif kerana ia melibatkan agama.
Saya tergolong dari golongan yang sangat tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan ALlah oleh orang kristian. Saya tidak nampak keperluan mengapa mereka perlu menggunakan Allah sebutan menggantikan tuhan untuk mereka. Kebiasaanya orang kristian menggunakan perkataan ‘GOD’ atau ‘Jesus”, bukanya Allah. Kenapa pulak kini mahu menggunakan Allah. Adakah ini satu cara atau tipu muslihat secara halus untuk menarik keluar umat islam dari agama Islam? Pada saya, ini umpama satu tektik jangka masa panjang atau secara perlahan-lahan mengelirukan umat islam yang akan datang. Allah itu Esa, bukan satu. Allah yang dimaksudkan oleh Kristian adalah bapa kepada tuhan yang mereka sembah iaitu Jesus! Allah pada pandangan Kristian adalah tuhan yang bersetubuh ‘BEROMEN’ dengan Mariam lalu dapat Isa yang dipanggil mereka Jesus. Jadi jika perkataan Allah ini digunakan bersama oleh orang islam dan orang kristian di Malaysia, tidak kah ia membahayakan akidah umat islam.
Bila sahaja isu ini diutarakan maka ia akan lebih dicondongkan kepada politik. Parti PAS dengan caranya yang mengizinkan penggunaan ALLAH oleh orang Kristian. Kenapa boleh jadi macam ini?? Tidak nampakkah mereka bahayanya kepada anak cucu kita di masa hadapan nanti. Selepas Tok Guru Nik Aziz mati, adakah pasti generasi muda masih kuat dan utuh keimanan mereka kepada umat islam. Janganlah kita hanya memandang kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan sahaja. Cuba lihat tanggungjawap kita sebagai umat islam. Tolonglah parti PAS dan semua yang mengizinkan penggunaan ALLAH oleh orang kristian, bersatulah kita jangan diberi ruang langsung walau sedikit pun kepada anasir-anasir yang boleh menggoyahkan akidah islam kita. Memang saya tahu, keimanan Tok Guru Nik Aziz, Awang Hadi, Anwar Ibrahim dan yang lain tersangat teguh kepada Islam umpama teguhnya keimanan 10 sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga, tapi tolonglah fikirkan akibatnya kepada umat islam diluar sana yang keimanannya yang hanya setebal kulit bawang, malah rasenye lebih nipis. Tidakkah kalian rase risau kemungkinan anak-anak cucu orang islam bila bersekolah nanti mempercayai yang ALLAH itu bapa kepada nabi Isa. Tidakkah nanti rakan-rakan bukan islam mereka bersembang disekolah menyatakan yang ALLAH itu tuhan yang bersetubuh dengan Mariam. Anda mahu macam itu??!!
Sebagai ulama-ulama yang besar dan dihormati, sepatutnya mempunyai pemikiran yang jauh ke hadapan. Melihat kepada akibat dan risiko yang bakal di alami. Cuba kita lihat saudara muslim kita di negara asing, di Swizerland, sampaikan kubah masjid pun tak boleh dibina. Mereka tidak berani melawan kerana kerajaan yang memerintah tidak menyukai islam dan mencari jalan untuk menghalang sebarang kemungkinan untuk islam itu boleh berkembang. Kemudian di haramkan bertudung diseluruh negara kepada umat islam. Tidakkah anda melihat semua ini. Mereka begitu bersungguh-singguh menahan perkembangan islam. tetapi kita memberi ruang untuk agama mereka berkembang. Tidakkah anda tahu agama yang benar hanya agama islam?? Jadi mengapa kita terlalu bertelorensi dengan hampir semua permintaan orang kristian ini. Ingatlah, mereka tidak akan berhenti selagi umat islam tidak mengikuti agama yang dipercayai mereka. Segala yang mereka lakukan adalah perancangan yang sangat licik untuk memusnahkan akidah umat islam. Dan yang paling saya pasti, perancangan mereka adalah perancangan jangka masa panjang.
Harap kita semua dapat berfikir dengan logik akal dan begitu mendalam dengan kajian. janganlah kita menyokong penggunaan Allah atas sebab memerlukan undi orang bukan islam. Dengan tujuan untuk meguasai kerajaan. Fikirkanlah tentang anak cucu kita kerana jika ia berlaku di kemudian hari, pasti yang mereka persalahkan adalah datuk nenek mereka yang menyokong dan mengizinkan penggunaan kalimah untuk umat islam yang tersangat mulia, ALLAH.





